Sunday 14 October 2012

Sila jawab soalan berikut dan bincangkan jawapan bersama guru anda.


   1.     Puan Aminah hendak menyediakan minuman air jagung untuk anak-anaknya. Dia mencampurkan 4/6 liter air jagung dengan 2/9 liter air gula. Berapa liter airkah air minum yang disediakan?

                                                Jalan penyelesaian:


 2.     Mutusamy membeli 3/4 meter kain    berwarna merah dan 5/6 meter kain berwarna kuning untuk dijadikan hiasan langsir di majlis perkahwinan abangnya. Berapa meterkah kain yang dibeli oleh Mutusamy?        
                                                       Jalan penyelesaian:

  
3.     Encik Amran telah membeli 4/5 kg daging pada hari Isnin. Dia menggunakan 1/10 kgdaging  pada hari Rabu dan 1/2 kg daging dan pada hari Jumaat. Berapakah jumlah daging yang belum digunakan oleh Encik Amran?
                                               
                                             Jalan penyelesaian: 



4.     Encik Dell telah membeli seutas tali.Dia telah menggunting 1/2 meter         
   daripada seutas tali yang  panjangnya 3/4 meter.
   Berapakah panjang tali yang tinggal?
                                                                          Jalan penyelesaian:


~semoga adik-adik dapat menjawab dan memperolehi jawapan dengan betul~

No comments:

Post a Comment