RPH


RPH : TAHUN  3

Matapelajaran              :           Matematik

Tarikh / Hari                :           8 – 10 – 2012  ( Isnin )

Kelas                           :           3A

Bilangan Pelajar          :           36 orang

Umur                           :           9 tahun

Masa                            :           8:30 – 9:00 a.m  ( 30 minit )

Tema                           :           Nombor Bulat

Tajuk                           :           Pendaraban sebagai konsep tambah secara berulang.

Objektif                       :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

                                                i ) menguasai bahawa konsep pendaraban sebagai 

                                                    konsep tambah secara berulang.

                                                ii) pendaraban sebagai konsep tambah secara berulang.

Standard  Kandungan :           Menguasai bahawa konsep pendaraban sebagai konsep  tambah secara berulang.

Standard Pembelajaran:          Pendaraban sebagai konsep tambah secara berulang.

Pengetahuan Sedia Ada:         Murid sudah mempelajari sifir 1,2,3,4 dan 5

Konsep                         :          Murid-murid menguasai bahawa konsep pendaraban sebagai konsep tambah secara berulang.

Bahan                          :           Buku Teks Matematik Tahun 3,

                                                Gambar-gambar, Batang Kayu, Kuib Kecil, Lembaran Kerja.

Nilai                           :            Bekerjasama, berani, berdisiplin dan kerajinan, bertanggungjawab, kasih sayang.

Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT ) :  Menghubungkait, menjana idea.

Kemahiran Berfikir

Kecerdasan Pelbagai : Verbal- linguistik

Langkah /
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan  Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/ mencungkir idea
( 3 minit )
Langkah 1
( 8 minit )
Guru mengemukakan soalan-soalan supaya murid dapat menghubungkan konsep pendaraban adalah hasil daripada tambah secara berulang.
Guru menyediakan 3 batang kayu dan beberapa kubid kecil, guru memasukkan kubid kecil pada setiap batang kayu.
S1 : Berapakah  
       jumlah 
       buah kubid 
       kecil?
Jawapan : 15
                 Buah
Murid akan membilang satu demi satu dengan menjumlahkan kesemuanya seperti berikut :
5 + 5 + 5 = 15
S2 : Ada berapa kumpulan kubid kecil semuanya?
Jwp: 3 kumpulan
S3 : Berapakah jumlah buah kubid bagi setiap kumpulan?
Jwp: 5 buah kubid
S4:Berapakah jumlah buah kubid kecil tersebut?
Jwp:15 buah kubid kecil.
Jadi, kita boleh menulis ayat matematik seperti berikut :
3 X 5 = 15
Guru menyimpan gambar-gambar dalam sampul surat dan menyembunyikan dalam kelas.
Guru meminta murid-murid mencari sampul surat yang ada dalam kelas.
Guru meminta murid yang mendapat sampul surat itu memaparkan gambar-gambar dalam sampul surat.
Guru meminta murid-murid memerhati gambar-gambar yang diparparkan dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Guru membimbing murid-murid untuk menjawab semua soalan yang diberikan.
Guru akan memberitahu murid bahawa topik yang akan dipelajari pada hari ini ialah konsep pendaraban sebagai konsep tambah secara berulang.
Guru memperkenalkan konsep pendaraban di atas papan hitam.
Guru menjelaskan bahawa formula operasi darab adalah seperti yang berikut :
Jumlah kumpulan x unit dalam 1 kumpulan
Guru akan membuat penjelasan menerusi alat bantu mengajar, batang kayu dan kuib kecil.
Guru akan memaparkan beberapa soalan untuk menguji kefahaman murid.
Guru akan membimbing dan membetulkan kesilapan murid serta-merta.
Murid mendengar dengan teliti.
Murid mengeluarkan gambar dalam sampul surat.
Murid memerhartikan gambar dan menjawab soalan guru.
Murid menjawab soalan guru.
Murid menyatakan isi pelajaran pada hari ini.
Murid melihat dengan teliti.
Murid menjawab soalan guru.
Strategi / teknik :
Soal jawab secara lisan
KB :
Menghubungkaitkan.
Strategi / teknik :
Soal jawab secara lisan
KB :
Menyelesaikan masalah
Alat Bantu Mengajar:
Batang kayu, kuib.
Nilai-nilai murni:
Berani mencuba, menumpu perhatian dalam kelas
Langkah 2
( 9 minit )
Kerja kumpulan
Guru membahagikan murid mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
Guru akan memberi satu papan kecil kepada setiap kumpulan.
Guru akan memaparkan soalan-soalan di atas papan hitam.
Murid perlu berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk mendapatkan jawapan.
Guru menerangkan peraturan permainan :
a)      Selepas perbincangan , murid perlu menulis jawapan di atas papan kecil yang diberi oleh guru.
b)      Murid perlu angkat tangan sebelum menjawab soalan. Setelah dipanggil menjawab soalan, maka murid perlu menunjukkan papan kecil yang telah dilengkapi jawapan dan membaca jawapan dengan suara yang lantang.
Murid mengikut arahan guru.
Murid melihat dengan teliti.
Murid membuat perbincangan.
Murid mendengar dengan teliti dan menulis jawapan dalam papan kecil.
Strategi / teknik :
Soal jawab secara lisan
KB :
Menjana idea
Alat Bantu Mengajar:
Papan kecil, marker pen, kad manila.
Nilai-nilai murni:
Kerjasama, berdisiplin
Langkah 3
( 8 minit )
Lembaran kerja
( sila rujuk lampiran 1 )
Guru membahagikan lembaran kerja kepada setiap murid.
Murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang telah ditetapkan.
Guru akan membuat pemeriksaan dan memberi tunjuk ajar semasa murid membuat lembaran kerja.
Setelah murid menyiapkan lembaran kerja, guru meminta murid saling bertukar lembaran kerja dan perbincangan akan dibuat antara guru dan murid.
Murid membuat lembaran kerja.
Merid mendengar jawapan dengan teliti.
Strategi / teknik :
Soal jawab secara lisan
KB :
Menyelesaikan masalah
Alat Bantu Mengajar:
Lembaran kerja
Nilai-nilai murni:
kerajinan
Penutup
( 2 minit )
Rumusan :
Konsep pendaraban sebagai konsep tambah secara berulang
Guru meminta murid membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.
Murid menyatakan rumusan tentang pelajaran hari ini iaitu konsep pendaraban sebagai konsep tambah secara berulang.

No comments:

Post a Comment